Write For Us

Najib umum 12 'berita baik' untuk penjawat awam

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
116 Views
Published
Bonus satu setengah bulan gaji yang diimpi-impikan oleh penjawat awam dan dituntut oleh Cuepacs untuk Bajet 2018 tidak menjadi kenyataan.
Sebaliknya beliau mengumumkan bayaran khas RM1,500 yang akan dibuat melalui dua bayaran.
“Bagi menyanjung tinggi sifat wala’ dan kesetiaan tuan-tuan dan puan-puan, dalam mendokong kemajuan negara serta melaksanakan sistem penyampaian perkhidmatan dengan cekap lagi berkesan kepada rakyat, maka sukacitanya saya mengumumkan, bayaran khas sebanyak 1,500 ringgit kepada semua penjawat awam.
“Bayaran ini akan diberikan dua kali, iaitu seribu ringgit pada awal Januari 2018, dan 500 ringgit lagi menjelang Hari Raya Aidil Fitri tahun hadapan,” kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2018, di Dewan Rakyat, hari ini.
Najib berkata, kerajaan juga tidak pernah melupakan jasa pesara.
“Kepada pesara kerajaan, bayaran khas sebanyak RM750 ringgit, iaitu RM500 ringgit dibayar pada Januari 2018, dan RM250 ringgit lagi menjelang Hari Raya Aidilfitri.
Selain itu, Najib juga mengumumkan 12 ‘khabar gembira” kepada 1.6 juta penjawat awam, sebagaimana yang diwarwarkan dalam Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam ke-15 pada awal bulan ini.
“Kenaikan pangkat time-based kali kedua bagi kumpulan pelaksana untuk tempoh 13 tahun, selepas kenaikan kali pertama.
“Penjawat awam yang dibersarakan atas sebab kesihatan, akan menerima faedah persaraan seolah-olah pegawai berkhidmat sehingga umur persaraan wajib,” katanya.
Selain itu perdana menteri juga mengumumkan kebenaran Gantian Cuti Rehat melebihi 150 hari digunakan sebagai cuti rehat pada tahun persaraan dan menaikkan kadar Cuti Rehat Khas bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan daripada tujuh hari kepada 10 hari setahun.
Kerajaan juga, buat pertama kalinya, kata Najib bersetuju memberikan kemudahan tujuh hari cuti tanpa rekod sepanjang tempoh perkhidmatan bagi menunaikan umrah.
“Untuk memberi fleksibiliti, Kerajaan akan menambah satu lagi Waktu Kerja Berperingkat iaitu bermula jam 9 pagi hingga 6 petang.
“Pakar Perubatan Gred UD54 dan ke atas, yang telah diwartakan sekurang-kurangnya 4 tahun, serta memenuhi syarat tertentu, akan diberi kelonggaran satu hari seminggu untuk melaksanakan Waktu Kerja Fleksi.
“Penjawat awam wanita yang mengandung lima bulan ke atas, dibenarkan pulang lebih awal sejam. Bagi melengkapi hasrat ini, suami yang bekerja kerajaan juga dibenarkan pulang lebih awal sejam,… syaratnya, suami dan isteri mestilah bekerja di lokasi yang berdekatan.
Beliau juga mengumumkan peningkatan kelayakan cuti bersalin daripada 300 hari kepada 360 hari sepanjang perkhidmatan, tertakluk kepada maksimum 90 hari setahun.
“Pembelajaran sepanjang hayat pegawai perkhidmatan awam dengan melaksanakan Kursus Sarjana dan PhD secara in-house.
“Menaikkan kadar pencen terendah kepada 1,000 ringgit sebulan melibatkan lebih 50 ribu pesara awam, dengan sekurang-kurangnya 25 tahun tempoh perkhidmatan;.
“Pemanjangan kemudahan perubatan untuk ibu dan bapa kepada pesara kerajaan,” katanya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment