Write For Us

"Selamat berjaya," kata Duta AS pada Najib

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
121 Views
Published
Bila saman sivil Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat berkaitan 1MDB diumumkan Julai lalu, timbul dua persoalan di minda orang ramai:
Bagaimana ia akan jejaskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak? Apa akan jadi pada hubungan Malaysia-AS?
Untuk soalan pertama, duta AS ke Malaysia Joseph Y Yun dalam wawancara dengan Malaysiakini di pejabatnya di Kuala Lumpur pada mulanya agak keberatan berkongsi pandangan.
Dan bila ditanya sama ada beliau ada nasihat untuk Najib – susulan kontroversi 1MDB dan hakikat bahawa Najib ialah Malaysian Official 1 yang disebut dalam dokumen DOJ – Yun berkata beliau tiada nasihat, dan mengucapkan selamat berjaya.
Bagaimanapun, Yun menegaskan terdapat sebab Riza Aziz, Jho Low, Khadem al-Qubaisi and Mohamed Ahmed Badawy Al-Husseiny dinamakan dalam saman DOJ untuk menyita aset berkaitan 1MDB.
Yun berkata beliau menjangkakan pendengaran awam akan berlangsung tidak lama lagi, tetapi menegaskan ia tidak berunsur politik atau boleh menjejaskan hubungan dua hala Malaysia-AS.
Ditanya kena isu berkaitan 1MDB bukan kes jenayah, Yun berkata beliau tidak tahu menahu berkaitan perkara itu kerana ia keputusan DOJ.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment