Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menafikan dakwaan pembangkang bahawa beliau tidak diberikan layanan istimewa ketika rombongan pentadbirannya bertemu dengan Presiden Donald Trump di Amerika Syarikat, baru-baru ini.
Walaupun tidak ditempatkan di Blair House sebagai tetamu negara, kata Najib, beliau juga mendapat jemputan bermain golf dengan Trump.
Malah, kata Najib, Trump juga ada menghantarnya sampai ke kereta sewaktu mengadakan lawatan rasmi ke pejabat Trump.
Najib turut menekankan Malaysia mementingkan soal dasar luar negara bersama Amerika Syarikat, dan bukannya memandang pada soal yang remeh.
"Kita bukan menukar dasar luar negara kita. Dasar luar negara kita memang berasas kepada soal prinsip dan kita tidak megubah ikut pada keadaan dan situasi. Kita tidak buat Uturn. Ada pihak lain suka buat U-turn U-turn dan U-turn. Dulu tak setuju sekarang setuju, dulu setuju sekarang tak setuju.
"Ini biasanya dibuat pihak pembangkang. tapi kita konsisten. Boleh semak dasar luar negara kita, rasional kita, istiqamah konsisten sepanjang masa walaupun apa jua keadaan kita tetap mempertahankan prinsip kedaulatan negara dan kepentingan nasional kita.
"Tentang soalan-soalan itu, terlalu remah sebenarnya. Walaupun saya tidak duduk di Blair House, saya ada jemputan main golf dengan Presiden Trump. Presiden Trump juga hantar saya sampai ke kereta, saya tak payah sebut-sebut benda ini. Ini bukan soal dasar. Kita nak pentingkan soal dasar. Soal dasar ini kita tetap mendapat penghormatan tinggi daripada pentadbiran Amerika Syarikat," kata Najib di Dewan Rakyat hari ini.
Najib berkata demikian menjawab soalan tambahan daripada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR-Permatang Pauh) yang meminta penjelasan mengenai hubungan Malaysia dan Amerika Syarikat serta kunjungan rombongan menteri Kabinet ke negara itu.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment