Write For Us

Selaras dasar tingkat hubungan Korea Selatan ASEAN PM

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
83 Views
Published
Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan keyakinan terhadap hasrat Korea Selatan untuk memperkukuhkan hubungan dengan ASEAN, namun menegaskan usaha mesti ditingkatkan dari segi penyelarasan dasar.
Perdana Menteri berkata demikian dalam sesi pleno ke arah meningkatkan kesalinghubungan pada hari terakhir Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-ROK di Pusat Konvensyen dan Pameran Busan (BEXCO) di Busan pada Selasa, 26 November.
Dr Mahathir turut menghadiri sesi pleno mengenai niaga pemula sebelum mengakhiri sidang kemuncak dengan majlis makan tengah hari pemukiman di Nurimaru APEC House.
Perdana Menteri berkata, kesalinghubungan lebih akrab antara ASEAN dan Korea Selatan amat penting untuk memastikan kedua-dua pihak saling mendapat manfaat.
Ia juga akan membantu perniagaan, melepasi fasa tradisi pembangunan teknologi dan merebut peluang tersedia menerusi ekonomi baharu.
-------------------------------------
#HMETRO #METROTV
Please visit our website for more news
Please like
Please follow
And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment