Write For Us

Selepas 3 jam disoal, Najib pulang ke rumah

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
67 Views
Published
Selepas tiga jam disoal siasat oleh polis, Datuk Seri Najib Razak meninggalkan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman di Jalan Tun Razak.
Najib keluar dari Menara KPJ melalui laluan alternatif dan tidak disedari oleh pihak media.
Bagaimanapun perkara itu disahkan oleh Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Lokman Noor Adam yang hadir bagi memberi sokongan moral kepada bekas bosnya.
Najib sebelum itu sudah memberi keterangan berhubung siasatan kes penyelewengan dana 1MDB pada 27 dan 30 Ogos serta 20 September lalu.
Najib berdepan 32 pertuduhan pecah amanah, penyalahgunaan kuasa dan pengubahan wang haram berkaitan 1MDB dan bekas anak syarikatnya, SRC International Sdn Bhd.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment