Selepas kapal layar mewah Equanimity yang dikaitkan dengan dana 1MDB kembali ke perairan Malaysia, kerajaan kini sedang berusaha mendapatkan semula jet persendirian milik ahli perniagaan kontroversi Jho Low.
"Ya, saya fikir, kita perlu membawanya semula (jet persendirian itu)," kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad selepas melawat pameran seni bertajuk 'Tun M: A Legacy Forever' di Maeps Serdang hari ini.
Bagaimanapun, beliau kurang mengetahui butiran terhadap usaha membawa jet peribadi tersebut yang kini ditahan di Singapura.
"Saya tidak tahu, ada orang lain yang melakukannya," katanya ketika ditanya sama ada perbincangan mengenai perkara ini sudah bermula.
Singapura dilaporkan merampas jet Bombardier Global 5000 berharga AS$ 5 juta pada Februari lalu.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment