Write For Us

Selepas gambar didedah, Sanusi mengaku bertemu suspek curi REE

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
19 Views
Published
Menteri besar sementara Kedah Muhammad Sanusi Md Nor mengakui pernah bertemu seorang warga China yang kini diburu berhubung kecurian unsur nadir bumi (REE) di negeri itu.

Bagaimanapun Sanusi berkata urusan warga China itu adalah dengan Pejabat Tanah dan Galian Kedah serta Menteri Besar Incorporated (MBI) milik kerajaan negeri, yang mana tidak melibatkan dirinya.

Sanusi memberitahu Malaysiakini yang individu tersebut memiliki syarikat tenaga solar yang mengadakan usaha sama dengan MBI, dan telah berada di Malaysia sebelum dia menjadi menteri besar pada 2020.

Sanusi berkata demikian ketika menjawab soalan berhubung sidang media Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail di Alor Setar, di mana dia mendedahkan gambar Sanusi bersama-sama suspek.
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
Kinitv, Malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment