Write For Us

Ezam: Rahsia 1MDB didedah selepas Parlimen bubar

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
83 Views
Published
Bekas Ketua Angkatan Muda (AMK) PKR, Mohamed Ezam Mohd Nor dalam satu ceramah isu semasa Melawan Kleptokrasi anjuran PKR Cabang Hulu Selangor berkata akan mendedahkan semua maklumat berkaitan salahguna kuasa dan penyelewengan berkaitan 1MDB sebaik sahaja Parlimen dibubarkan bagi menghadapi PRU14 nanti.
Memetik laporan Sinar Online, Ezam berkata segala maklumat berkenaan diperoleh ketika beliau memegang jawatan Pengarah Komunikasi di Kementerian Kewangan Malaysia.
Ezam turut mengulas mengenai penyertaannya ke Umno pada 2008 adalah kerana mendapat komitmen jelas dari Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang melakukan perubahan besar dalam usaha memerangi rasuah dengan menggubal akta Badan Pencegahan Rasuah kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Beliau berkata tidak boleh berkompromi dalam soal rasuah apabila mendapati ada berlaku kecurian duit yang bukan sikit tapi bilion yang masuk ke akaun sendiri dan menganggap ia bukan rasuah biasa tetapi memberi implikasi besar.
Menurut Ezam lagi, cara yang dilakukan seorang pemimpin negara itu menyebabkan ramai pemimpin lain mengikut jejak langkah sedemikin seperti kes 'jumpa duit di dalam almari'.
Ezam memulakan karier politik sebagai ahli Umno namun mengumumkan keluar Umno pada 1998 bagi menyertai PKR.
Beliau kemudian meninggalkan PKR pada 2007 kerana hilang keyakinan terhadap bekas ketuanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Setahun kemudian pada 28 Mei 2008, Ezam menyertai semula Umno dan pernah dilantik sebagai senator pada 2010 sebelum memegang jawatan Pengarah Komunikasi di Kementerian Kewangan Malaysia bermula 15 Mac 2014.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment