Write For Us

Status rahsia laporan 1MDB bakal gugur

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
89 Views
Published
Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengarahkan polis untuk tidak lagi meletakkan laporan audit 1MDB di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).
"Mereka kemudian akan menghantar laporan itu kepada saya dan saya akan menelitinya," katanya pada sidang media di ibu pejabat BERSATU di Petaling Jaya hari ini.
Laporan audit 1MDB itu dibentangkan Jawatankuasa Kira-kira Awam Negara (PAC) di Parlimen pada April 2016.
Namun Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang mengklasifikasikan laporan itu di bawah OSA.
Laporan itu juga tidak pernah dibahaskan di Parlimen.
Laman Sarawak Report bagaimanapun pada Julai 2016 mendedahkan apa yang didakwa sebagai salinan laporan tersebut.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment