AVA360 Advertising

Seludup benih kerang demi upah lumayan

Loading...

Thanks! Share it with your friends!

You disliked this video. Thanks for the feedback!

Added by admin
7 Views
Demi upah lumayan mencecah RM1,000 untuk sekali tugasan menyeludup benih kerang, seorang lelaki sanggup memecut kereta Proton Perdana dipandunya sebaik menyedari kehadiran anggota Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) Kedah, petang semalam.
Malah, dalam kejadian 6 petang itu, lelaki terbabit dikejar lebih satu kilometer di kawasan perindustrian di Bukit Kayu Hitam, sebelum berjaya dipintas dan ditahan.
Hasil pemeriksaan di dalam kereta itu menemui 13 guni disyaki benih kerang dipercayai cuba diseludup ke Thailand.
Komander AKSEM Kedah, Abdul Latif Abdul Rahman berkata, hasil rondaan anggotanya mendapati kereta Proton Perdana dipandu lelaki berusia 22 tahun itu dalam keadaan mencurigakan di kawasan lampu isyarat kawasan perindustrian di Bukit Kayu Hitam.
------------------------------------

#HMETRO #METROTV



Please visit our website for more news

Please like

Please follow

And also our
Category
TV Saluran - TV Channel

Post your comment

Sign in or sign up to post comments.

Comments

Be the first to comment