Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mendakwa tahap penolakan rakyat kepada BN pada ketika ini begitu tinggi sehingga parti itu boleh dikalahkan jika pilihan raya umum (PRU) diadakan sekarang.
Presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata BERSATU yakin rakyat yang mahu mengetepikan BN dalam PRU akan datang begitu besar majoritinya dan tidak dapat ditahan lagi.
Menjangkakan akan ada "taktik kotor" digunakan BN dalam PRU ke-14 nanti, Muhyiddin tetap yakin parti itu tidak dapat diselamatkan walaupun melalui persempadanan semua kawasan pilihan raya.
"Kita yakin jika majoriti besar rakyat menolak BN, persempadanan semula ini pun tidak dapat menyelamatkan mereka," katanya di depan 941 perwakilan BERSATU di Shah Alam hari ini.
BERSATU mengadakan perhimpunan agung tahunan pertamanya di IDCC Shah Alam.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment