Write For Us

'Senyap-senyap mereka datang jumpa sebut HARAPAN'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
100 Views
Published
Rungutan golongan peniaga kecil dan runcit adalah luahan paling kerap disuarakan golongan itu sepanjang tempoh berkempen bertemu pengundi.
Menurut Fuziah Salleh yang mempertahankan Parlimen Kuantan pada Pilihan Raya Umum ke-14 9 Mei ini, majoriti merungut kerana perniagaan yang semakin lembab disebabkan pengguna hanya membeli barangan keperluan yang penting sahaja ekoran langkah berjimat cermat ketika harga barangan dan kos sara hidup meningkat semakin tinggi.
Fuziah ditemui pada sesi santai bersama pengundi Kuantan melibatkan calon-calon Pakatan Harapan untuk Parlimen Kuantan dan Parlimen Indera Mahkota.
Pada PRU14 ini, Fuziah selaku penyandang dicabar oleh calon BN, Datuk Andrew Wong Kean Hwee serta calon PAS, Sulaiman Md Derus.
Bagi kerusi Parlimen Indera Mahkota pula, calon PKR Datuk Saifuddin Abdullah menentang calon BN, Dr Johan Mat Shah, dan calon PAS, Nasrudin Hassan Tantawi.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment