Write For Us

Kenapa Zahid senyap dalam kes Tamil Malar?

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
115 Views
Published
Penasihat undang-undang Tamil Malar, K Saraswathy, tidak bersetuju apabila kekecohan di luar bangunan pejabat akhbar itu di Kuala Lumpur disiasat di bawah Seksyen 147 iaitu Seksaan kerana merusuh.
Jelas beliau, kekecohan yang berlaku bukanlah suatu perusuhan kerasa pihak MIC yang datang ke pejabat Tamil Malar dan terus menyerang pekerja akhbar itu.
Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo pula mempersoalkan kenapa Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak mendiamkan diri dalam isu ini.
Beliau juga berkata akan membawa isu ini ke Parlimen yang akan bersidang pada Oktober-November bagi mendapatkan penjelasan Kabinet Menteri kenapa ianya disiasat dibawah Seksyen 147.
Gobind Singh hadir bersama Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang Prof.Dr. P. Ramasamy, dan beberapa ahli Parti Sosialis Malaysia hadir ke pejabat Tamil Malar hari ini bagi memberi solidariti.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment