Meskipun agama Islam tidak melarang perogol mengahwini mangsanya namun ibu bapa yang munasabah tidak akan membenarkan anaknya berkahwin dengan perogol itu.
“Kita tak boleh melarang benda ini, katakanlah ibu bapa kepada mangsa itu setuju untuk anak dia dikahwini oleh perogol, tapi satu perkara kalau berlaku pada anak saya sendiri, saya tak benarkan. Kita kena ukur begitu.
“Takkanlah orang itu telah rosakkan anak kita, kita nak kahwinkan dengan apa juga alasan itu tak boleh diterima.
“Seorang yang munasabah tak boleh menerima, melainkan dia diperdayakan atau apa-apalah unsur-unsur lain. Saya rasa kesukarelaan dalam keadaan yang munasabah tak mungkin wujud,” kata Anggota parlimen Kota Bharu Datuk Takiyuddin Hassan.
Takiyuddin berkata demikian kepada pemberita di parlimen ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Shabudin Yahya (BN-Tasek Gelugor) yang berkata perkahwinan antara mangsa rogol di bawah umur dengan perogolnya mungkin boleh mengubati masalah sosial
Shabudin dalam persidangan Dewan Rakyat semalam turut berkata walaupun rogol adalah jenayah, undang-undang tidak menghalang mangsa rogol daripada berkahwin dengan individu merogolnya.
Sementara itu, Setiausaha Agung PAS itu juga berkata perkara tersebut tidak seharusnya menjadi topik perbincangan memandangkan rogol itu sendiri merupakan satu jenayah.
“Bagi saya bukan satu perkara yang digalakkan. Rogol itu sendiri perlu diambil tindakan yang serius supaya boleh dibendung. Sebab itu lah Kita sendiri amat setuju dengan akta seksual,” katanya.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment