Write For Us

Shafee tiada masalah perbicaraan Najib disiar secara langsung

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
83 Views
Published
Peguam kepada Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Shafee Abdullah meminta supaya perbicaraan terhadap bekas perdana menteri itu disiarkan secara langsung di kaca televisyen supaya dapat ditonton semua rakyat Malaysia.
"Saya fikir idea yang bagus, biarkan orang tahu mengenai perbicaraan itu.
"Bagi saya, saya tidak mempunyai masalah (dengan perbicaraan disiarkan secara langsung di TV).
"Saya fikir segala-galanya mesti telus, tidak ada yang perlu disembunyikan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di luar Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur awal hari ini.
Shafee menjawab soalan sama ada perbicaraan Najib perlu disiarkan secara langsung untuk ditonton orang awam.
Najib sebelum ini berkata perbicaraan tersebut adalah platform terbaik untuk membersihkan namanya daripada semua tuduhan yang dibuat terhadapnya.
Beliau menghadapi 38 pertuduhan jenayah termasuk pecah amanah dan pengubahan wang haram berkaitan 1MDB dan anak syarikatnya SRC International Sdn Bhd.
Ini termasuk penyelesaian 1MDB dengan syarikat Abu Dhabi International Petroleum Investment Corporation (IPIC).
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment