Write For Us

Siti Aafiyah Khalid, nama anak Siti-Datuk K

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
119 Views
Published
Spekulasi nama puteri sulung Datuk Seri Siti Nurhaliza terjawab apabila penyanyi nombor satu negara itu memilih nama Siti Aafiyah Khalid.
Siti Nurhaliza, 39, yang ditemani suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, 59, atau lebih dikenali Datuk K, membuat pengumuman berkenaan ketika majlis maulid nabi, akikah dan tahnik bersempena kelahiran Siti Aafiyah di kediaman mereka di sini, malam tadi.
Siti Aafiyah yang sebelum ini mendapat gelaran sementara Fatimah Az-Zahra yang diambil bersempena nama puteri kesayangan Nabi Muhammad SAW, selamat dilahirkan pada Isnin lepas (19 Mac) pada pukul 8.17 pagi dan seberat 3.55kg.
Siti Nurhaliza berkata beliau mendapat ilham untuk menamakan anaknya Siti Aafiyah ketika sedang hamil dan berada di tanah suci Makkah sewaktu menunaikan ibadah umrah bersama suaminya, tahun lepas.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment