Write For Us

SPRM akan panggil 8 lagi pemimpin PAS - Sumber

Sponsored Post Vitamin D2 Canada Persia
92 Views
Published
Sumber dalaman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa sekurang-kurangnya lapan lagi pemimpin PAS akan dipanggil berhubung isu penerimaan dana RM90 juta daripada Umno.
Memetik Malaysiakini, menurut sumber itu, lapan yang bakal dipanggil itu sama ada terkait dengan dakwaan tersebut atau untuk membantu siasatan.
Selain Datuk Dr Nasharuddin Mat Isa dan Nik Abduh Nik Abdul Aziz, sekurang-kurangnya lapan lagi pemimpin PAS dipanggil.
Mereka terdiri daripada tiga dalam pimpinan pusat, dua dari Majlis Syura Ulama, seorang dari kerajaan Kelantan, seorang dari sayap pemuda dan seorang lagi dari pimpinan PAS Pahang.
Daripada lapan individu itu, dua daripadanya adalah anggota parlimen.
Hari ini, Nasharuddin yang merupakan bekas timbalan presiden PAS hadir untuk memberi keterangan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya manakala Nik Abduh - anggota parlimen Bachok - di ibu pejabat SPRM Kelantan.
SPRM sebelum ini mengesahkan menerima laporan berhubung RM90 juta disyaki dari syarikat 1MDB yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun beberapa pemimpin PAS.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment