Write For Us

SPRM rampas 150 beg tangan mewah di rumah Exco Johor

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
201 Views
Published
Sejumlah 150 beg tangan mewah antara barangan yang dirampas oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu serbuan di rumah Exco Johor, Datuk Abdul Latif Bandi.
Berdasarkan kepada gambar rampasan, antara jenama beg tangan mewah seperti Chanel, Hermes, Prada, Luis Vutton and Gucci.
Bagaimanapun, sehingga kini tidak dapat dipastikan sama ada beg-beg berjenama itu tulen atau tidak.
Menurut sumber SPRM, turut dirampas sejumlah wang tunai RM14,000 dan sebuah kereta Toyota Vellfire.
Hari ini, Abdul Latif ditahan SPRM berhubung siasatan kes rasuah dan penyelewengan hartanah di negeri ini.
Serbuan di rumah Exco terbabit sekitar 11 pagi sejurus selepas Abdul Latif ditahan SPRM di Johor Baru.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment