Jenazah Allahyarham Dr Fadi Mohammed Al Batsh, pensyarah dan imam warga Palestin yang ditembak mati ketika menuju ke surau di Setapak pada Sabtu lepas, akan dibawa pulang ke negara asalnya esok.
Bernama melaporkan jenazah dibawa dari Hospital Selayang pada kira-kira 12 tengah hari ke Surau Medan Idaman, Setapak untuk solat jenazah selepas Zohor.
Jenazah kemudian akan dibawa ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk diterbangkan ke Kaherah, Mesir pada kira-kira 7 malam.
Menurutnya, jenazah Allahyarham Dr Fadi akan dibawa melalui jalan darat ke Gaza yang bersempadan dengan Mesir.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Humanitarian Care Malaysia (MyCare) Kamarul Zaman Shaharul Anwar, proses mendapat kelulusan bagi membawa jenazah Allahyarham ke Gaza dilakukan dengan kerjasama beberapa agensi di Mesir.
Dalam kejadian kira-kira 6 pagi Sabtu lalu, Allahyarham Dr Fadi, 35, ditembak mati ketika dalam perjalanan menuju ke surau di luar sebuah kondominium di Jalan Meranti, Setapak, untuk menunaikan solat Subuh.
Polis telah mengedarkan lakaran wajah dua suspek yang dikaitkan dengan kejadian itu di semua pintu masuk dan keluar negara dalam usaha mengesan mereka.
Sebuah motosikal yang dipercayai digunakan dalam kes tembak itu juga ditemui tengah hari tadi dekat tasik Danau Kota, Setapak.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment