Cuaca mendung dan suasana sayu menyelubungi Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah Taman Batu Muda, di ibu negara ketika orang ramai menunggu kedatangan jenazah mangsa kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyyah hari ini
Sebanyak 12 liang lahad siap digali dan orang ramai serta petugas pihak menunggu ketibaan jenazah mangsa kebakaran dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) seawal jam 3 petang tadi lagi.
Dianggarkan ada kira-kira 700 orang berkumpul pada awalnya dan jumlah itu terus meningkat dari semasa ke semasa.
Malah, ada juga yang datang dari Johor hanya untuk menyaksikan sendiri pengebumian mangsa tersebut.
Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri turut memberikan tazkirah sementara jenazah masih belum tiba.
Jenazah pertama, Muhammad Aidil Aqmal Mohd Zamzuri yang baru berusia 10 tahun tiba di kawasan tanah perkuburan itu kira-kira jam 6.25 petang.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment