Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuang, Datuk Shukur Idrus menggesa Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali agar bersuara mempertahankan Sultan Selangor yang murka dengan kenyataan berkaitan Bugis oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berkata, Azmin selaku ketua kerajaan kepada negeri yang diperintah Sultan Sharafuddin Idris Shah tidak seharusnya berdiam diri berhubung perkara itu, seperti yang dilakukannya sehingga hari ini.
"Ketua negeri kita telah rasa terhina dan mengadakan perbincangan dengan Dewan di-Raja, dan akhirnya merasa murka.
"Saya nak tanya mana pendirian menteri besar, tak kan diam sahaja? Ketua negeri kita telah murka, tetapi memanda menteri tiada apa-apa jawapan dan tindakan untuk mempertahankan ketua negeri," katanya ketika sesi perbahasan Belanjawan Selangor di Dewan Undangan Negeri (DUN) di Shah Alam, lewat petang semalam.
Terdahulu, Speaker DUN Selangor Hannah Yeoh menolak usul tergempar yang dibawa Shukur, iaitu untuk membahaskan isu kenyataan Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) itu yang didakwa menghina masyarakat Bugis.
Hannah Yeoh dalam sidang media kemudiannya berkata, usul itu ditolak kerana ia tidak perlu disegerakan, apatah lagi kenyataan Mahathir masih dalam siasatan polis.
Shukur yang ternyata tidak berpuas hati dengan perkara itu bertegas mendesak Azmin menyatakan pendirian kerajaan negeri berhubung perkara itu.
"Kita nak tengok pendirian menteri besar. Apakah yang sepatutnya dilakukan tentang mantan perdana menteri yang begitu celupar menyebut keturunan yang begitu mulia itu sebagai lanun," katanya.
Pada 2 November lalu, Sultan Sharafuddin Idris Shah melalui satu kenyataan menyatakan rasa murka terhadap kenyataan yang dibuat Mahathir, dan menyifatkan ia cuba menghasut rakyat untuk membenci masyarakat Bugis.
Mahathir pula sudah menjelaskan perkara itu dengan berkata kenyataan 'lanun Bugis' itu hanya ditujukan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, bukannya seluruh masyarakat itu.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment