Bekas pemimpin DAP Hew Kuan Yew, yang lebih dikenali sebagai “Superman”, ditangkap di Pulau Pinang pagi ini.
Bagaimanapun, setakat berita ini ditulis, sebab penangkapan itu masih tidak jelas.
“Ya, dia dibawa ke IPD,” kata Pengurus Muzium Kebudayaan Komik Asia Raymond Chong kepada Malaysiakini.
Hew bertugas sebagai kurator untuk muzium itu.
Hew pernah dilanda kontroversi dalam pilihan raya negeri Sarawak apabila memberitahu pengundi Cina supaya memilih calon DAP Abdul Aziz Isa supaya beliau boleh “screw Melayu”.
Hew menafikan kenyataan itu bersifat perkauman. Katanya jika betul, beliau tidak akan menyuruh orang Sarawak mengundi calon Melayu.
Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang turut menyifatkan kenyataan itu tidak sensitif tetapi menafikannya sebagai rasis.
Hew bagaimanapun meninggalkan DAP selepas dikritik kerana menulis berkaitan pemilikan China di Laut China Selatan di Facebooknya.
Hew digelar Superman kerana sering berceramah dengan memakai baju adiwira itu.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment