Write For Us

Boy Iman ditahan polis

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
135 Views
Published
Polis menahan Pengarah Urusan DBI Properties Datuk Nuruliman A Rahman atau dikenali Boy Iman bersama dua lagi suspek utama di Ampang dan Setapak bagi membantu siasatan berhubung penipuan jualan rumah membabitkan nilai RM6.2 juta, semalam.
Memetik Harian Metro, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pihaknya menerima 188 laporan polis berkaitan penipuan jualan rumah yang dilakukan Syarikat DBI Properties dan Syarikat Juta Kelulut Global Resources.
Kata Acryl Sani, berdasarkan siasatan yang dijalankan, didapati syarikat ini menawarkan rumah kepada pembeli dengan harga yang jauh lebih murah daripada pasaran iaitu sekitar RM60,000 untuk sebuah rumah banglo berkeluasan 1,650 kaki persegi.
Bagaimanapun, selepas bayaran dilunaskan pembinaan rumah berkenaan tidak dijalankan.
Acryl Sani berkata, susulan daripada itu lelaki berusia 37 tahun itu ditahan di Balai Polis Bukit Indah, Ampang semalam.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment