Write For Us

'Surat' ini akan terdedah juga pada ahli PAS - Husam

Sponsored Post Vitamin D2 Canada Persia
120 Views
Published
PAS didakwa memang berniat untuk bekerjasama dengan BN pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 nanti namun gagal dilaksanakan apabila mendapat tentangan sebahagian pemimpin kanan parti itu, dakwa Datuk Husam Musa.
Bekas naib presiden PAS itu mendakwa turut tidak bersetuju dengan cadangan itu ialah beberapa bekas pemimpin kanan parti berkenaan, termasuk veteran parti dan bekas wartawan yang kini menjadi anggota badan penasihat PAS.
Kata Husam - kini menjadi naib presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) - pemimpin kanan yang dimaksudkannya itu menyuarakan bantahan mereka melalui surat kepada pemimpin tertinggi PAS dan ia dibincangkan semasa pemukiman parti itu yang di Pulau Pangkor, Perak awal bulan ini.
Beliau berkata demikian dalam video yang dimuat naik di Facebooknya hari ini.
Beliau bercakap selepas program ziarah mangsa kebakaran di Wakaf Mek Zainab, Kota Bharu, semalam.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment