Write For Us

Syed Ali: Apa salahnya PM bercuti guna jet kerajaan?

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
121 Views
Published
Walaupun bercuti Datuk Seri Najib Razak tetap seorang perdana menteri yang layak mendapat keistimewaan seperti termaktub dalam peraturan kerajaan.
Dalam satu kenyataan, Ketua Umno Cheras, Datuk Syed Ali Al-Habshee, berkata pihak yang mempertikaikan percutian perdana menteri sebenarnya memiliki "pemikiran dangkal" selain hati mereka dipenuhi kebencian melampau.
Tambahan pula, katanya, Najib adalah manusia biasa yang memerlukan waktu rehat, selain turut mempunyai kewajiban bersama keluarga.
Najib dan anggota keluarganya berkunjung ke Bali mulai 27 Jun lalu sebelum berlepas pula ke Perth, Australia tiga hari kemudian.
Media Indonesia melaporkan Najib disertai rombongan 23 yang lain dan mereka menetap di hotel mewah St Regis di Nusa Dua.
Ia adalah penginapan sama digunakan Raja Salman Abdulaziz al-Saud antaa 4 hingga 9 Mei lalu.
Ia mendapat kritikan sesetengah pihak yang mengaggap Najib dan keluarganya tidak wajar menggunakan pesawat milik kerajaan kerana perjalanan itu tidak melibatkan urusan rasmi negara.
Mengulas lanjut, Syed Ali berkata seseorang berhak mendapat rehat atau percutian terutama bersama keluarga kerana hanya dengan ruang tersebut mereka boleh melupakan sebarang tekanan atau kesibukan kerja.
Pihak yang mengecam penggunaan kapal terbang kerajaan pula, kata Syed Ali, sengaja bertindak begitu untuk memburukkan imej dan reputasi Najib.
Menurut Syed Ali, seseorang perdana menteri dan timbalan perdana menteri dibolehkan menggunakan pesawat rasmi kerajaan sama ada untuk tugas rasmi atau bercuti bersama keluarga.
Penggunaan itu, katanya, dibenarkan apabila mendapat kelulusan kabinet.
Pembangkang dan pengkritik, jelas Syed Ali, sepatutnya berfikiran rasional dan tahu hak serta keistimewaan seseorang perdana menteri.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment