Write For Us

Syed Saddiq pilih perjuangan, tolak Oxford

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
204 Views
Published
Antara tawaran Universiti Oxford di England dan perjuangan politik di Malaysia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memilih yang kedua.
Walaupun politik tidak menjadi keutamaan teratasnya, bekas juara debat Asia itu menjelaskan hatinya tidak akan bersama di Oxford.
"Hati saya akan tetap berada di Malaysia," katanya.
Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (ARMADA) itu mengadakan sidang media di Hotel Seri Pasifik hari ini. Perkembangan itu menimbulkan tanda tanya kerana ia berlangsung tanpa diketahui pemimpin pertubuhan berkenaan.
Pemilihan hotel itu yang mempunyai kaitan dengan Umno semakin menguatkan lagi gosip mengenai masa depan Syed Saddiq.
Menurutnya sebelum ini dia menerima tawaran melanjutkan pengajian di peringkat sarjana dalam bidang dasar awam di universiti berprestij itu.
"Ia bukan keputusan yang mudah tetapi saya kena memilih.
"Saya buat ketetapan untuk mengetepikan seketika tawaran Oxford dan fokus kepada perjuangan ini," katanya.
Dengan keputusan itu juga Syed Saddiq memberitahu dia terlepas biasiswa bernilai RM400,000.
Selepas ini, katanya, jika mahu menyambung pengajian di Oxford dia tidak lagi layak mendapat sebarang bantuan biasiswa yang ada kaitan dengan universiti berkenaan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment