Write For Us

Tahan anggota polis subahat Geng Rana

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
99 Views
Published
Tindakan seorang anggota polis berpangkat koperal yang bertugas di Bukit Aman bersubahat dengan Geng Rana untuk melakukan kegiatan samun dan menyamar sebagai polis mengundang padah apabila dia ditahan pihak berkuasa terbabit.
Dalam Ops Rentap itu, sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh menahan tujuh lelaki termasuk empat warga Bangladesh di lima lokasi di sekitar Lembah Klang sejak 3 Februari lalu sehingga kelmarin.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Shafa’aton Abu Bakar berkata, serbuan pertama di sebuah apartment di Taman Pasir Permata, Kuala Lumpur membawa kepada penahanan dalang geng terbabit.
Menurutnya, polis kemudian menyerbu sebuah hotel di Jalan Tun HS Lee, Kuala Lumpur dan menangkap tiga lelaki warga Bangladesh.
-------------------------------------
#HMETRO #METROTV
Please visit our website for more news
Please like
Please follow
And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment