Write For Us

Tahanan SOSMA dakwa diseksa secara mental

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
120 Views
Published
Lima daripada 12 suspek yang didakwa menyokong kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) yang tidak lagi beroperasi, mendakwa diri mereka diberi layanan buruk, diseksa dan diugut semasa penahanan mereka.
Ini menyaksikan Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Azura Alwi merakamkan kenyataan daripada dua tertuduh itu dalam kamera hari ini. Wartawan tidak dibenarkan membuat liputan semasa prosiding mahkamah itu.
Keterangan dalam kamera bermakna hanya hakim, peguam dan saksi yang dibenarkan hadir semasa prosiding itu.
Kedua-dua tertuduh yang menceritakan pengalaman mereka kepada Azura ialah pengusaha kedai runcit B Subramaniam, 57, dan pengutip besi buruk A Kalaimughilan, 28.
Ini dilakukan di bawah Seksyen 131 Kanun Tatacara Jenayah selepas solat Jumaat.
Peguam S Selvam, yang memohon mahkamah mendengar keterangan anak guamnya berkata, Subramaniam memberitahu bahawa dirinya telah diseksa.
"Semasa tangkapan dan (tahanan) 21 hari kemudiannya, dia diseksa dan dipaksa mengaku 'Saya anggota LTTE'," katanya.
"Dia dikenakan pelbagai ugutan, termasuk bahawa dia akan dihumban ke penjara seumur hidup jika dia tidak berbuat demikian," kata Selvam.
Anak lelaki Subramaniam S Ravindran dan menantunya R Thiviya pula mendakwa bahawa polis mengugut supaya dirinya mengakui penglibatannya dengan LTTE atau polis tidak akan melepaskan semua lima anak dan isterinya.
"Apabila kita jumpanya buat pertama kali lima hari selepas dia ditangkap pada 10 Oktober lalu, dia menangis, dan berkata mereka mengugutnya dan berkata bahawa lima anak lelaki dan isterinya juga sudah ditangkap dan sedang dipenjarakan.
"Mereka kata, 'Jika kamu tidak mengaku kami akan mendakwa mereka seperti mana kami kenakan pertuduhan ke atas kamu.
"Mereka memanipulasinya supaya (mempercayai) bahawa seluruh keluarga (akan didakwa sebagai) keluarga pengganas," katanya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment