Write For Us

"Tahniah Invoke," kata Mahfuz

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
118 Views
Published
Ahli Parlimen PAS-Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata beliau mengisytihar harta dan menyertai inisiatif Invoke itu bukan kerana beliau calon yang sah bakal bertanding namun merasakan tanggungjawab sebagai anggota parlimen.
"Sama ada saya calon (dalam PRU akan datang) atau tidak akan ditentukan kemudian. Apa yang penting sekarang adalah sebagai anggota parlimen, saya perlu tunjukkan ketelusan kepada rakyat," katanya.
\
Mahfuz berkata, beliau tidak memaklumkan partinya tentang hasratnya menandatangani perjanjian dengan Invoke untuk mengisytihar harta.
Ditanya jika tidak bimbang tentang tindakan daripada partinya, beliau berkata beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan dan hanya menunjukkan bahawa beliau tidak takut dipersoalkan oleh rakyat.
Mahfuz berkata demikian ketika hadir di program tandatangan akujanji penawaran dana pilihan raya Invoke yang diadakan di program di Subang Jaya, Selangor malam tadi.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment