Write For Us

Tajuddin Rahman dirujuk jawatankuasa tanpa bahas, Bung Moktar koyak kertas

Sponsored Post Vitamin D2 Canada Persia
99 Views
Published
Satu Usul merujuk Ahli Parlimen Pasir Salak, Tajuddin Abdul Rahman ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen diluluskan tanpa dibahaskan di sidang terakhir Dewan Rakyat hari ini.
Ini gara-gara insiden dia telah melemparkan satu kenyataan menghina kepada RSN Rayer (Jelutong-PH) tentang abu suci di dahi.
Usul itu dibentangkan oleh Menteri Sumber Manusia, M. Kulasegaran sebelum disokong oleh Ahli Parlimen Kota Raja, Mohamad Sabu.
Gara-gara tidak berpuas hati tindakan pemimpin kerajaan yang mahu menghukum Tajuddin kali kedua selain dengan had masa dan pembahas sekadar seorang dari setiap parti, beberapa wakil pembangkang mula bangun membantah Kor Ming dan menganggapnya tidak profesional.
Noh Omar bangun menyatakan rasa tak puas hati dan mempersoalkan berapa kali hendak ‘menghukum’ Tajuddin sedangkan dia sudah digantung daripada menghadiri Dewan Rakyat selama dua hari.
Oleh kerana hiruk pikuk pembangkang yang tidak berminat untuk membahaskan usul itu, Kor Ming kemukakan kepada dewan diputuskan usul kelulusan tanpa bahas.
Kelihatan Bung Moktar mengoyak kertas dan membaling ke atas sambil pembangkang lain bersorak tidak berpuas hati.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment