Write For Us

Dewan kecoh, Najib dirujuk ke jawatankuasa Parlimen

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
79 Views
Published
Bekas perdana menteri Najib Razak hari ini dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana melanggar embargo Kertas Putih Ke Arah Kelestarian Felda
Najib didakwa melanggar embargo itu dengan memuat naik sebahagian daripada kandungan itu di halaman Facebooknya.
Usul penggantungan dibawa oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Liew Vui Keong di hadapan Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Nga Kor Ming.
Usul untuk merujuknya kepada jawatankuasa itu kemudiannya diputuskan melalui undi belah bahagian selepas perbahasan yang hangat. Beberapa ahli parlimen BN bertegas mahu Najib bersama diri mereka sendiri digantung selama tiga bulan.
Usul itu kemudian diluluskan dengan 86 undi menyokong dan 33 undi menolak.
Liew dalam pembentangan usul itu berkata Kertas Putih merupakan Kertas Perintah 6 Tahun 2019 yang masih dalam Embargo sehingga jam 11.30 pagi pada Rabu (10 April ).
“Bahawa Dewan yang mulia ini memandang serius perbuatan Yang Berhormat Pekan di mana Yang Berhormat Pekan telah melanggar Embargo dokumen Kertas Putih Ke Arah Kelestarian Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA).
“Perbuatan Yang Berhormat Pekan jelas melanggar Peraturan Mesyuarat 95A Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat dan disifatkan telah melakukan suatu perbuatan menghina Majlis. Maka inilah dipersetujui bahawa Yang Berhormat Pekan hendaklah dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen,” katanya.
Najib didakwa memuat naik kertas putih itu di laman sosial pada 5.39 petang Selasa.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment