Write For Us

"Tak ada logo halal taruh logo haram," cadang Rani Kulup kepada Jakim

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
175 Views
Published
NGO Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) mahu pihak berkuasa membuat siasatan ke atas sebuah syarikat pengeluar coklat jenama Daim dan Toblerone serta menggesa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) segera mengeluarkan laporan yang tepat berhubung status halal dua produk coklat itu.

Presidennya, Abdul Rani Kulup Abdullah menyelar tindakan Jakim yang disifatkan sebagai tidak menyempurnakan tugasan mereka dengan baik.
Video tersebut dimuat naik Dato Mizi Mohamad di Facebooknya ketika Rani Kulup mahu membuat laporan polis di IPD Dang Wangi pada 28 Disember lalu.
Pada 26 Disember lalu, pengeluar coklat jenama terbabit, Mondelez International, menegaskan bahawa bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan coklat berkenaan adalah sesuai dan selamat dimakan orang Islam.
Syarikat itu dalam kenyataannya berkata walaupun produk itu dihasilkan di negara-negara yang tidak memerlukan pensijilan Halal, namun ia tetap memenuhi piawaian pemakanan pengguna di seluruh dunia.
Syarikat itu juga menyatakan bahawa ia akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa di seluruh pasaran tempatan termasuk Jakim untuk memastikan produknya memenuhi keperluan pengguna di Malaysia.
Pada Jumaat lepas, JAKIM mengesahkan kedua-dua jenama coklat popular itu bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia dan tidak memperoleh sijil Halal daripada mana-mana badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf jabatan itu.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment