Write For Us

"Tak betul!" Pandikar jawab Gobind

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
87 Views
Published
Tiga hari selepas Dewan Rakyat dituduh bersekongkol dengan kerajaan dalam usaha menutup skandal 1MDB, Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini bersetuju dengan Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo bahawa ia tempat terbaik untuk membincangkan kemelut firma pelaburan negara itu.
Pada sidang akhbar di bilik media Parlimen, Pandikar bagaimanapun berkata ada peraturan tertentu yang mesti diikuti.
“Puchong (Gobind) bilang tempat terbaik membahaskan 1MDB adalah di Parlimen.
“Ya, saya bersetuju dengannya, tetapi ini tertakluk kepada peraturan dan prosedur!
“Kalau soalan bangkitkan tohmahan, sangkaan, sakitkan hati, reka-reka, sudah tentu saya akan menolaknya,” kata speaker itu.
Pembangkang pada hari Isnin meluahkan rasa tidak puas hati mereka di Dewan Rakyat setelah lebih daripada 30 soalan berkaitan dengan 1MDB ditolak.
Walau bagaimanapun, Pandikar menegaskan bahawa 19 soalan mengenai 1MDB telah diluluskan dan dimasukkan dalam prosiding Dewan.
Semua soalan yang ditolak itu, katanya, melanggar peraturan tetap.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment