Write For Us

Jangan 'bunuh watak' Dzulkifli, jawab Zahid pada Gobind

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
151 Views
Published
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata video skandal hubungan sulit di Bali, Indonesia yang didakwa membabitkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Dzulkifli Ahmad merupakan satu tuduhan apabila diviralkan serta tidak diketahui perinciannya.
Kata Ahmad Zahid, Dzulkifli wajar diberikan peluang untuk meneruskan khidmatnya membanteras rasuah dalam negara.
"Saya tidak dapat menjawab di sini kerana bagi saya itu adalah merupakan tuduhan video berkenaan diviral adalah sesuatu yang tidak kita ketahui perinciannya.
"Tetapi saya fikir berikanlah beliau peluang untuk berkhidmat sebagai Ketua SPRM untuk melakukan tindakan dan jangan lakukan pembunuhan perwatakan pada beliau.
"Saya harap kita berlapang dada berhubung perkara ini," katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Beliaub berkata demikian ketika menjawab soalan pencelahan daripada Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo berhubung video kontroversi skandal yang didakwa melibatkan Dzulkifli di Bali, Indonesia.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment