Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Dzulkifli Ahmad didesak menafikan dakwaan hubungan sulit yang melibatkan dirinya.
Anggota Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo berkata penafian itu perlu bagi Dzulkifli agar tidak terus menerus memberi imej yang buruk kepada agensi penyiasatan itu di mata masyarakat.
"Dzulkifli kena menjawab spekulasi bahawa individu itu yang kini sedang beredar di kalangan orang ramai adalah dirinya. Sekiranya itu bukan dirinya, maka saya minta beliau nyatakan perkara itu secara terbuka.
"Tindakan itu perlu untuk membersihkan nama dirinya yang mempunyai kedudukan di dalam SPRM. PDRM atau mana-mana agensi penyiasatan pelru sedar bahawa imej agensi mereka tidak boleh dikompromi dalam apa jua keadaan sekalipun. Ini adalah untuk memastikan keyakinan masyarakat terhadap mereka," katanya dalam sidang media di Dewan Rakyat, hari ini.
Bagaimanapun, ditanya apakah perlu Dzulkifli meletakkan jawatan Gobind yang juga Ahli Jawatankuasa Pusat DAP berkata tidak buat masa ini.
"Itu (letak jawatan) untuk masa yang lain. Untuk masa sekarang, kita tidak membuat dakwaan, tetapi sebagai MP ini adalah tanggungjawab kita untuk membangkitkan perkara ini,' kata Gobind.
Rakaman yang mendakwa Dzulkifli terlibat dalam hubungan sulit dengan seorang wanita, sehingga menjadi punca penceraian wanita itu, telah tersebar di internet.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Fuzi Haron sebelum ini berkata polis sedang menyiasat perkara itu bawah Seksyen 498 Kanun Keseksaan selepas menerima laporan polis berhubung video itu.
Seksyen 498 menyebut memikat atau membawa pergi atau menahan seseorang perempuan yang bersuami dengan tujuan untuk mengadakan hubungan seks adalah satu kesalahan jenayah.
Dzulkifli menyifatkan dakwaan itu sebagai "serangan kotor dan jijik" dan berpunca daripada tindakan agresif SPRM membanteras rasuah.
Dzulkifli, pada minggu lalu menepis fitnah skandal sulitnya dengan wanita berstatus isteri orang itu, dengan menyifatkan ia sebagai perlakuan yang jijik dan kotor.
Malah beliau menegaskan tidak akan tunduk dengan fitnah tersebut malah akan terus menjalankan tanggungjawabnya membersihkan negara dari segala gejala rasuah.
Satu jawatankuasa khas ditubuhkan Jabatan Peguam Negara bagi menyiasat dakwaan tersebut.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment