Write For Us

Dzulkifli didesak nafi dakwaan hubungan sulit - Gobind

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
135 Views
Published
Anggota Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo hari ini mencabar Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Dzulkifli Ahmad supaya tampil menafikan dakwaan hubungan sulit yang membabitkan dirinya.
Katanya, penafian itu perlu agar, apa yang berlaku itu tidak terus menerus memberi imej yang buruk kepada SPRM di mata masyarakat.
"Dzulkifli kena menjawab spekulasi bahawa individu itu yang sedang beredar di kalangan orang ramai adalah dirinya. Sekiranya itu bukan dirinya, maka saya minta beliau nyatakan perkara itu secara terbuka.
"Tindakan itu perlu untuk membersihkan nama dirinya yang mempunyai kedudukan di dalam SPRM, PDRM atau mana-mana agensi penyiasatan perlu sedar bahawa imej agensi mereka tidak boleh dikompromi dalam apa jua keadaan sekalipun.
“Ini adalah untuk memastikan keyakinan masyarakat terhadap mereka," katanya dalam sidang media di Dewan Rakyat, hari ini.
Bagaimanapun, ditanya sama ada perlu Dzulkifli meletakkan jawatannya, Gobind yang juga ahli jawatankuasa pusat DAP berkata, tidak buat masa ini.
"Itu (letak jawatan) untuk masa yang lain. Untuk masa sekarang, kita tidak membuat dakwaan, tetapi sebagai MP ini adalah tanggungjawab kita untuk membangkitkan perkara ini,” kata Gobind.
Rakaman yang mendakwa Dzulkifli terlibat dalam hubungan sulit dengan isteri orang, sehingga menjadi punca penceraian wanita itu, tersebar di media sosial.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Fuzi Haron sebelum ini berkata polis sedang menyiasat perkara itu bawah Seksyen 498 Kanun Keseksaan selepas menerima laporan polis berhubung video berkenaan.
Seksyen 498 menyebut memikat atau membawa pergi atau menahan seseorang perempuan yang bersuami dengan tujuan untuk mengadakan hubungan seks adalah satu kesalahan jenayah.
Dzulkifli sebelum ini menyifatkan dakwaan itu sebagai "serangan kotor dan jijik" dan berpunca daripada tindakan agresif SPRM membanteras rasuah.
Menurutnya, usaha memfitnahnya itu perlakuan yang jijik dan kotor serta berkata beliau tidak akan tunduk tetapi berikrar akan terus menjalankan tanggungjawabnya membersihkan negara dari segala gejala rasuah.
Pejabat Peguam Negara juga menubuhkan satu pasukan petugas khas untuk memantau dengan teliti siasatan berhubung dakwaan ketua pesuruhjaya SPRM itu cuba memikat isteri orang.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment