Write For Us

Jamin rawatan terbaik untuk Anwar, jawab Zahid pada Izzah

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
104 Views
Published
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan bahawa bekas ketua pembangkang yang dipenjarakan, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan diberi rawatan terbaik dari segi doktor pakar dan pemantauan selepas pembedahan yang dijadual Ahad ini di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Kata Ahmad Zahid, Kementerian Kesihatan telah mengambil langkah-langkah bagi memenuhi permintaan keluarga Anwar.
Beliau berkata demikian menjawab soalan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar di Dewan Rakyat hari ini.
Bagi menjawab Ahli Parlimen Kapar, G Manivanan berhubung isu kemalangan kereta yang dihadapi Anwar, Ahmad Zahid berkata siasatan terhadap insiden itu sedang dilakukan dan akan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang melakukan perbuatan itu jika disengajakan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment