Polis mengingatkan orang ramai bahawa pergerakan rentas daerah tidak dibenarkan dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Pahang ketika sambutan Aidilfitri, hujung bulan ini.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali, berkata larangan berkenaan dibuat susulan kesukaran memantau orang ramai supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) PKPB yang ditetapkan pihak kerajaan.
Bagaimanapun, katanya, aktiviti ziarah Aidilfitri di rumah jiran dalam kawasan taman perumahan sama dibenarkan dengan mengawal kunjungan tetamu supaya tidak terlalu ramai.
Jelasnya, pihak polis bimbang jika ziarah rentas daerah dilakukan ia boleh mengundang penularan jangkitan wabak COVID-19 memandangkan seseorang itu tidak mengetahui tahap atau status kesihatan individu yang datang berkunjung ke rumah.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment