Write For Us

'Tak layak'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
102 Views
Published
Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos disifatkan tidak layak bertanding di kawasan Dun Bukit Antarabangsa bagi berdepan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pada pilihan raya umum akan datang.
Memetik Sinar Harian, Setiausaha Politik Menteri Besar, Shuhaimi Shafiei berkata Jamal tidak layak bertanding bagi mana-mana kawasan yang rakyatnya mengambil pendekatan sederhana.
Ini kerana, kata Shuhaimi, seseorang calon pilihan raya perlu ada latar belakang profesional dan mempunyai kematangan pentadbiran kerana masyarakat di DUN Bukit Antarabangsa terdiri dalam kalangan terpelajar dan berpendidikan tinggi.
Menurut ADUN Sri Muda itu, beliau yakin kemampuan Jamal sebagai calon diragui dalam kepimpinan Umno, yang dakwanya bersifat ekstremis.
Namun, adalah hak Jamal untuk bertanding di mana-mana kawasan yang disukai.
- Standard lawan Azmin ni Jamal je, kata Noh
Semalam, Pengerusi Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata, Jamal sudah banyak membantu rakyat Selangor dalam pelbagai isu dan atas kapasiti itulah beliau mempunyai kredibiliti untuk mencabar Mohamed Azmin di Dun Bukit Antarabangsa.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment