Write For Us

Tak salah Umno-PAS berpakat, Najib pertahan Zahid

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
115 Views
Published
Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang menyalahkan Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung keputusan anggota majlis tertinggi parti itu, Datuk Seri Mustapa Mohamed keluar daripada parti.
Memetik di Facebooknya, kata Najib, Ahmad Zahid perlu diberi ruang dan kepercayaan untuk mengatur langkah bagi memperkasakan semula Umno dan halatujunya.
Mustapa, bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri membuat kejutan malam semalam dengan mengumumkan keluar Umno selepas lebih 40 tahun berjuang dengan parti itu.
Beliau yang memenangi undi tertinggi dalam pemilihan Majlis Tertinggi (MT) Umno pada Jun lalu memberi alasan hala tuju yang diambil Umno pada masa ini tidak lagi selari dengan prinsip politik yang menjadi pegangannya selama ini.
Beliau juga mendakwa tidak banyak usaha untuk melakukan proses rejuvenasi parti itu..
Susulan pengumuman itu, bekas ketua pemuda Umno Khairy Jamaluddin menyalahkan presiden parti itu, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Memetik di Twitter, Khairy berkata kerjasama yang dihulurkan parti itu dengan PAS menyebabkan Umno kini 'kehilangan sinarnya'.
Pada 15 Sept lalu, Ahmad Zahid mengetuai delegasi pemimpin Umno menghadiri muktamar PAS di Kuala Terengganu.
Ahmad Zahid juga dilapor berkata beliau percaya jalinan kerjasama antara Umno dan PAS adalah jujur atas persefahaman dalam menegakkan syiar Islam
Bagaimanapun, katanya, pembentukan sebuah gabungan pembangkang untuk menghadapi PRU15 perlu diperhalusi di pelbagai peringkat.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment