Write For Us

'Tak sempat sentuh badan, hanya beri salam'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
172 Views
Published
Seorang pegawai penyelidik sempat merakam video 'pertemuannya' dengan ikan yu paus di tepi Pantai Rantau Abang, pada 8 Ogos lalu.
Mohd Tarmimi Ali Ahmad, 34, berkata mamalia itu atau nama saintifiknya 'Rhincodon Typus' ditemui sekitar 5 petang ketika ia sedang bermain dan mencari makanan di tepi pantai.
"Saya menerima aduan daripada nelayan sebelum meminta bantuan mereka membawa saya menghampiri ikan yu terbabit yang sedang mencari makanan di tepi pantai yang kebetulan ketika itu terdapat banyak udang baring.
"Ia dianggarkan sepanjang lima meter atau sebesar bot gentian kaca dan sedang makan udang baring yang banyak di tepi pantai itu," katanya yang berkhidmat sebagai Pegawai Penyelidik Perikanan di Bahagian Penyelidikan Penyu dan Spesies Marin Terancam, Pusat Penyu dan Ekosistem (TUMEC), Rantau Abang.
Beliau berkata, ketika cuba menghampiri ikan yu paus itu, ia melarikan diri kerana takut dengan bunyi enjin bot, lalu mereka mematikan enjin bot sebelum mamalia itu berani menghampiri.
"Selepas mematikan enjin bot ia mula datang lalu saya beri salam kepadanya dan minta ia datang lebih dekat kerana mahu melihatnya.
"Ia akhirnya datang menghampiri dan ketika itu saya sempat merakam videonya lalu saya kongsikan di Facebook," katanya.
Mohd Tarmimi berkata, ikan yu paus adalah spesies jinak, namun ia boleh bertindak ganas jika rasa terancam.
Rakaman video itu menjadi tular selepas ia dikongsi di laman sosial Facebook miliknya Rabu lalu.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment