Write For Us

'Tak sengaja tutup mata' atau terlelap seketika

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
121 Views
Published
Baru semalam, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, menafikan beliau 'terlelap' dalam satu upacara di Istana, baru-baru ini.
Tetapi imej yang tersebar luas dalam Internet dan 'chat group', matanya tertutup rapat seperti tertidur pada majlis menangkat sumpah jawatan menteri besar baharu di Alor Setar kira-kira 10 pagi tadi.
Ia turut dipancarkan menerusi televisyen yang membuat siaran langsung dan penonton mengambil gambarnya pada skrin tv.
Tetapi tidak ada tanda yang menunjukkan Adun Bakar Bata itu terlelap kerana kepalanya tidak terlentuk.
Semalam, Datuk Seri Mukhriz Mahathir ketika mengumumkan perletakan jawatan sebagai menteri besar, dalam nada yang sinis mengharapkan Ahmad Bashah tidak akan terlena ketika upacara mengangkat sumpah.
Bagaimanapun, mereka yang melihat gambar ini mengulas bahawa Ahmad Bashah mungkin tidak sengaja menutup matanya 'agak lama' untuk jurugambar mengambil gambarnya ketika itu.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment