Write For Us

Tutup atau pindahkan kilang cemar alam - Sultan Johor

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
73 Views
Published
Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menyeru supaya kerajaan negeri “menutup atau memindahkan” kilang perindustrian yang membawa kesan negatif kepada alam sekitar.
Sultan Ibrahim yang kecewa dengan insiden pembuangan sisa toksik yang berulang di Pasir Gudang, bertitah bahawa kilang perindustrian sedemikian hanya membahayakan rakyat Johor serta negara jiran, Singapura.
Sultan Ibrahim bertitah kesihatan rakyat adalah jauh lebih penting terhadap negeri itu berbanding dengan ekonomi yang dibawa oleh industri yang menyebabkan pencemaran di Johor.
"Saya tidak peduli dengan apa yang dikatakan sebagai nilai ekonomi hasil daripada perindustrian sisa toksik ini kerana saya hanya bimbang tentang kesihatan rakyat Johor.
Iklan
"Itu lebih penting daripada wang," katanya, seperti dipetik oleh The Star dalam satu wawancara eksklusif hari ini.
Sebelum ini dilaporkan bahawa insiden terbaru di negeri itu menyaksikan sekurang-kurangnya 29 pelajar dari sekolah-sekolah di sekitar Pasir Gudang menerima rawatan selepas mengalami kesukaran bernafas antara 20 dan 21 Jun.
Pihak berkuasa mengaitkan punca insiden itu dengan gas beracun atau gas organik.
Susulan daripada itu, sejumlah 475 institusi pendidikan di kawasan tersebut telah diarahkan tutup sementara pihak berkuasa meneruskan pemantauan di kawasan sekitar.
Insiden terbaru itu merupakan yang kedua sejak Mac.
Sultan Ibrahim juga menyatakan kekecewaannya dengan cara pihak berkuasa mengendalikan insiden itu.
Baginda bertitah bahawa insiden terbaru ini menunjukkan "kelemahan yang jelas, ketidakcekapan” pihak berkuasa.
Baginda menyatakan bahawa pemimpin dan agensi berkaitan akan dipanggil untuk menjelaskan perkara tersebut.
"Kami diberi keyakinan semuanya berjalan dengan baik dan kami mendengar bahawa ahli-ahli politik dan pegawai-pegawai turut memberi keyakinan tersebut, tetapi hampir tiga bulan kemudian, rakyat Johor berdepan dengan isu yang sama lagi.
“Ini sangat teruk dan memalukan,” titah baginda.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment