Write For Us

Takiyuddin kekal SU Agung PAS

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
101 Views
Published
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan Datuk Takiyuddin Hassan kekal sebagai setiausaha agung parti itu bagi sesi 2017 hingga 2019.
"Kita sudah membuat perjumpaan dengan ahli jawatankuasa kerja pusat dan bersetuju untuk membuat lantikan yang pertama iaitu setiausaha agung. Kita meneruskan (khidmat) Datuk Takiyuddin Hassan.
"Itu sahaja yang kita buat pelantikan (setakat ini)," katanya pada sidang media selepas Muktamar Tahunan PAS Ke-63, di Alor Setar hari ini.
Jawatan setiausaha agung merupakan salah satu jawatan yang dilantik kepimpinan tertinggi parti tanpa melibatkan proses pemilihan.
Terdahulu, muktamar PAS hari ini mengesahkan Idris Ahmad, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan Datuk Iskandar Abdul Samad berjaya mengekal jawatan mereka sebagai naib presiden PAS melalui pemilihan yang diadakan.
Idris yang juga anggota Parlimen Bukit Gantang memperoleh sokongan terbanyak dengan 1,062 undi, diikuti Mohd Amar (950 undi) dan Iskandar (703 undi).
Sementara itu, cubaan Anggota Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan untuk menempatkan diri dalam kalangan tiga naib presiden PAS itu pula gagal.
Beliau yang sebelum ini diberi kepercayaan oleh parti itu menjadi ketua penerangan sekadar mengumpul 478 undi perwakilan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment