Write For Us

Taman Marin Tun Sakaran - Melindungi Terumbu dan Menyokong Kehidupan

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
462 Views
Published
Taman Marin Tun Sakaran telah ditubuhkan pada tahun 2004 bertujuan untuk melindungi ciri-ciri yang menakjubkan dan kehidupan biodiversiti yang tinggi di kawasan ini. Terletak di luar pantai timur laut pulau Borneo, berkeluasan 340km persegi meliputi kawasan laut, terumbu karang dan 8 buah pulau, ia merupakan Taman Marin yang terbesar di Malaysia. Taman Marin ini merupakan sebuah tempat yang indah lagi menarik dan kaya dengan sumber asli serta biodiversiti yang tinggi. Tetapi keistimewaan Taman ini juga terancam dan tindakan perlu dilakukan seandainya ciri-ciri unik Taman ini perlu dikekalkan.

Video ini memaparkan apa yang kita semua boleh lakukan untuk melindungi alam sekitar dan memastikan Taman Marin Tun Sakaran kekal sebagai 'tempat yang istimewa' bagi masyarakat dan juga hidupan liar.

Filem ini telah dihasilkan sebagai sebahagian daripada program masyarakat yang dikendalikan oleh Projek Darwin Pulau-Pulau Semporna. Projek ini sedang dilaksanakan di Taman Marin Tun Sakaran oleh Marine Conservation Society (UK) dan Taman-Taman Sabah, dengan pembiayaan daripada Darwin Initiative."

Underwater footage was filmed using a Sony PMW-EX1R in a Gates underwater housing -
Category
Dokumentari - Documentary
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment