Write For Us

Tangkap 'dalang' kecoh, gesa Guan Eng

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
107 Views
Published
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan ke atas 'dalang provokasi' dalam Forum Nothing To Hide 2 semalam, ketika Tun Dr Mahathir Mohamad sedang berucap.
Lim berkata, aksi provokasi itu sebenarnya langsung tidak akan mematahkan semangat Pakatan Harapan untuk membongkar kontroversi skandal kewangan 1MDB
"Kita harap pihak berkuasa boleh ambil tindakan...bukan sahaja ke atas mereka, tapi ambil tindakan ke atas mereka yang merancang," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media hari ini.
- Rakaman eksklusif mulanya 'serangan' terhadap Tun M
Acara anjuran Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu menyaksikan insiden keganasan sehingga menyaksikan kerusi terbang, suar dibakar dan objek dibaling, termasuk ke arah Tun Dr Mahathir Mohamad.
Ia bermula selepas seorang peserta membangkitkan persoalan berkaitan peristiwa berdarah Memali lebih 30 tahun lepas antara penduduk kampung di Baling, Kedah dan anggota keselamatan.
Acara itu bertujuan mempertemukan Mahathir dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam satu pentas. Najib bagaimanapun tidak melayan undangan itu.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment