Write For Us

Guan Eng gesa G3 tunjuk bukti, ancam saman

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
89 Views
Published
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata akan membuat laporan polis terhadap gabungan baru NGO Gagasan Kuasa Tiga (G3) yang mengisytiharkan ‘perang’ terhadap partinya semalam.
Guan Eng, biarpun pada mulanya tidak mahu ambil pusing berkenaan tuduhan NGO itu, akhirnya memutuskan untuk mengikut nasihat peguam-peguamnya memandangkan isu itu sudah pun tular.
Guan Eng yang juga menteri kewangan menyifatkan tuduhan-tuduhan gabungan itu sebagai “fitnah jahat”.
Beliau turut menuntut G3 untuk meminta maaf dan mengemukakan bukti atas semua tuduhan yang dilemparkan kepada mereka jika tidak mahu berdepan tindakan undang-undang.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di parlimen hari ini.
Semalam, G3 mengisytiharkan ‘perang’ terhadap ‘bangsa DAP’ yang disifatkan mereka sebagai musuh kepada Islam dan orang Melayu di negara ini.
G3 mendakwa isu Icerd dibawa oleh oleh Guan Eng dan ayahnya Lim Kit Siang sebagai agenda tersembunyi DAP bagi menghapuskan hak istimewa orang Melayu, Islam di negara ini.
Kit Siang turut didakwa sebagai bapa perkauman yang membawa “agenda ala Zionis”.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment