Write For Us

HARAPAN parti tauke, jutawan? Tunjuk bukti, kata Dr M

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
123 Views
Published
Anggota DAP Zaid Ibrahim patut mengemukakan bukti bagi menyokong dakwaan golongan “tauke dan bilionair” mempengaruhi keputusan kerajaan Pakatan Harapan, kata Dr Mahathir Mohamad.
“Tak tahulah mungkin dia ada bukti. Jadi dia boleh tunjukkan bukti.
“Berapa bilion saya ada, kamu tengoklah,” kata perdana menteri sinis ketika menjawab soalan pemberita.
Mahathir juga berkata dakwaan itu cuma pandangan Zaid dan semua pihak mempunyai hak bersuara di negara ini.
Zaid berkata manifesto Pakatan harapan yang menjanjikan kebajikan kini diubah oleh golongan “tauke dan bilionair”.
Katanya, perubahan itu berlaku walaupun janji-janji itu pada mulanya dirangka oleh golongan idealis dan ahli akademik yang mahu mewujudkan negara berasaskan kesetaraan dan kesaksamaan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment