Write For Us

Rahman Dahlan, tunjuk bukti - PM

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
116 Views
Published
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meminta pihak yang mendakwa kerajaan akan mengalami kerugian jika membatalkan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura, supaya mengemukakan bukti bagi menyokong dakwaan mereka.
Beliau berkata tindakan mengeluarkan kenyataan dan dakwaan tanpa bukti tidak membawa apa-apa makna.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri majlis Iftar Bersama Warga PDRM di Masjid Bukit Aman di sini, malam ini.
Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan hari ini yang mendakwa negara akan kehilangan pendapatan sebanyak RM209 bilion dalam Pendapatan Negara Kasar (GNI) selain 70,000 peluang pekerjaan jika projek HSR dibatalkan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment