Write For Us

"Tunjukkan bukti, jangan buat fitnah," kata Guan Eng kepada Rahman Dahlan

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
141 Views
Published
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menggesa Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan memberi bukti berhubung dakwaan kerajaan negerinya menyenaraihitamkan banyak syarikat yang dikaitkan dengan parti-parti politik tertentu.
Malah, Lim turut berkata, tindakan Rahman yang mengeluarkan kenyataan sedemikian dilihat cuba mengalih isu sebenar iaitu berkaitan Belanjawan 2017 yang dibentangkan Jumaat lalu.
"Ini fitnah, saya harap beri bukti.
"Kalau ada (bukti), tunjukkan bukti. Jangan buat fitnah. Tujuan utama adalah nak alihkan perhatian daripada belanjawan yang dibentangkan perdana menteri di mana ia tidak membantu rakyat," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di lobi Dewan Rakyat hari ini.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment